fbpx
GAMBAR HIASAN

Lepas tanggung keluarga, dilabel pula anak derhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-baru ini apabila kecoh isu keluarga penyanyi popular, Shila Amzah akan menjual banglo miliknya yang didiami oleh ibu dan adik-beradik yang lain, penulis menerima satu panggilan telefon.

Panggilan itu datangnya daripada kawan rapat, tetapi kami sudah lama tidak berhubung.

Tanpa salam sebagai tanda lama sudah tidak berhubung, si kawan yang dinamakan A terus memulakan bicara dengan menyamakan dirinya dengan kisah yang menimpa Shila Amzah.

‘Wei! (kisah) Shila Amzah tu macam aku sangat, habis duit tabur pada keluarga akhirnya dicop anak derhaka,” katanya.

Berpinar-pinar mata menerima panggilan telefon itu, penulis mula mengimbas kembali kejadian lebih sedekad lalu yang berlaku kepada si A.

Bezanya A dengan Shila Amzah adalah dia bukannya anak sulung, tetapi anak bongsu perempuan dalam keluarganya. Dia mempunyai pekerjaan tetap dan bergaji lumayan serta tinggal di kampung.

Dia bekerja dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan di sebuah negeri.

Disebabkan itu, dia dianggap tonggak keluarga kerana adik-beradiknya yang lain hanya bekerja kampung.

Selain terpaksa menanggung ibu bapa yang uzur, dia terpaksa membayar keperluan lain di rumah itu seperti dia seorang ketua keluarga.

Walaupun mempunyai dua abang, tugas tersebut digalasnya sehingga dia terpaksa menanggung majlis perkahwinan adik-beradik yang lain.

Selain itu, kereta atas nama si A sudah tidak menjadi miliknya seolah-olah hak keluarga terutama abangnya jika lelaki itu keluar dating.

Duit yang dikeluarkan untuk mengubah suai rumah bagi majlis perkahwinannya berpuluh ribu lesap entah ke mana dan terpaksa keluarkan modal baharu bagi majlis yang diadakan di sebuah inap desa.

Si A amat sengsara dengan kehidupan yang dilaluinya, kerja bagai hendak gila ibaratnya dan duit habis seperti air mengalir.

Kesudahannya dia terpaksa keluar dari rumah itu dengan alasan ditukarkan tempat kerja ke negeri lain, sebenarnya dia yang minta untuk ditukarkan.

Berlaku pergaduhan besar apabila dia ingin mengambil kereta miliknya sehingga digelar anak tidak mengenang budi dan derhaka.

Apa pilihan anak seperti A dan Shila Amzah ada? bagi menjaga kesihatan mental dia terpaksa membuat keputusan besar untuk keluar rumah dan jauh daripada keluarga toksik.

Tidak mahu juga terus menerus digelar anak derhaka, berada jauh lebih baik daripada tinggal sebumbung. Selain A dan artis popular itu, penulis pasti kisah ini berlaku kepada lebih ramai anak di luar sana. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN