fbpx

Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin raih kutipan RM81 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Kompleks Seri Perdana, hari ini. FOTO- FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Lebih RM81 juta berjaya dikumpul melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu penduduk di Palestin yang terjejas ketika ini.

Jumlah RM81 juta itu adalah termasuk dana daripada AAKRP dibawah seliaan Kementerian Luar Negeri (KLN) yang berjaya meraih lebih RM71 juta selain dana awal RM10 juta yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Anwar ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, melalui sumbangan ini diharapkan ia dapat membantu rakyat Palestin yang terjejas bagi mendapatkan makanan serta perubatan.

“Saya bagi pihak kerajaan amat terharu dengan sambutan diberikan oleh dalam masa yang singkat dengan penyaluran awal oleh kerajaan RM10 juta dan dapat kumpul RM80 juta.

“Ini menunjukkan keprihatinan dan saya berterima kasih kepada semua syarikat kerajaan, swasta mahupun Muslim atau bukan Islam,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan AAKRP di sini, hari ini.

Sumbangan itu disumbang oleh 46 entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC), syarikat swasta, yayasan dan persendirian.

Antara penyumbang ke tabung berkenaan adalah Khazanah Nasional Bhd bersama syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM15 juta, Yayasan Al Bukhary (RM5 juta), YTL Corporation Bhd (RM5 juta), Tenaga Nasional Bhd (RM3 juta) dan Maybank (RM2 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI