fbpx

PDC diarah sedia kertas kerja kaji proses jualan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) menunjukkan logo sempena sambutan Miao Hui 2024 di Komtar, hari ini.

GEORGE TOWN – Pengurusan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah diarahkan supaya menyediakan satu kertas kerja bagi mengkaji semula proses penjualan tanah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan untuk menambah baik proses tersebut.

Pengerusi PDC, Chow Kon Yeow berkata, arahan itu dibuat agar pihak pengurusan dapat memperhalusi semua kaedah-kaedah yang ada agar tidak wujud pertikaian atau kelemahan dalam projek-projek membabitkan agensi tersebut.

“Lembaga PDC mengarahkan pengurusan PDC untuk menyediakan satu kertas bagi mengkaji semula proses penjualan tanah untuk projek projek yang akan dilaksanakan di atas tanah PDC, sebab kita ingin menambahbaik proses berkenaan.

“PDC memang melaksanakan beberapa kaedah untuk urus niaga tanah PDC sama ada melalui tender terbuka, permintaan bagi cadangan (RFP) atau melalui rundingan terus dengan pihak berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata demikian sebagai respon kepada isu yang dibangkitkan Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) berkaitan dengan penjualan tanah di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Menerusi sidang akhbar hari ini , PCCC meminta Kon Yeow menjelaskan bagaimana proses penjualan tanah berlaku, siapa di pihak PDC yang memberikan kelulusan dan siapa yang memberi kuasa untuk menandatangani proses tersebut.

Pelbagai pihak termasuk PCCC telah mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram kepada UMECH.

Susulan pelbagai isu berhubung penjualan tanah itu, Lembaga PDC memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH dengan memberikan notis tiga bulan.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, kertas kerja itu perlu disiapkan secepat mungkin agar ia boleh dibentangkan kepada Lembaga PDC dalam mesyuarat yang akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Selain itu katanya, beliau amat berterima kasih kepada mana-mana pihak yang memberi cadangan untuk menambah baik prestasi kerajaan negeri atau GLC kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI