fbpx

888 karton rokok, 316 kotak bir seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok dan minuman keras seludup yang disimpan di sebuah rumah dua tingkat di Batu Niah, Miri dirampas dalam serbuan Op Taring Kontraban oleh Cawangan Risik Batalion 12, PGA Miri semalam.

MIRI – Sebanyak 888 karton rokok dan 316 kotak bir yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000 dirampas dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Batu Niah, di sini yang dijadikan tempat penyimpanan barang seludup itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata rampasan dilakukan oleh Cawangan Risik Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri yang menjalankan serbuan Op Taring Kontraban ke atas rumah dua tingkat itu, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

‘Hasil pemeriksaan menjumpai sebanyak 888 karton rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai lebih RM200,000 dan 316 karton bir dianggarkan bernilai RM51,959 yang dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket adalah barang-barang berkenaan disimpan di dalam rumah dan seterusnya dihantar ke kedai-kedai kecil dan ladang-ladang kelapa sawit di sekitar kawasan Batu Niah.

Katanya pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun, yang merupakan penjaga premis berkenaan.

“Suspek telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan yang sah daripada pihak Kastam ke atas rokok dan minuman keras berkenaan,” katanya.

Alexson berkata semua rampasan serta tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI