fbpx

Malaysia kekal sokong Palestin meskipun terima ancaman – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID.

MELAKA – Malaysia kekal dengan pendirian dan teguh menyokong Palestin walaupun wujud ancaman bom yang didakwa ekoran kelantangan negara membidas kekejaman Israel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyeru semua pihak tidak perlu gentar dengan ugutan bom yang berlaku di Johor Bahru, Johor, semalam.

Menurutnya, ini kerana polis telah menyatakan bahawa bom itu adalah ancaman yang sengaja dibuat-buat.

“Cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir dengan insiden yang berlaku.

“Mengikut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, bahawa kita tidak perlu gentar pun dengan apa sahaja ancaman yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Tangga Batu di Taman Paya Rumput Utama di sini malam tadi.

Semalam, pihak pengurusan sebuah pusat beli-belah dan hotel terkemuka di Johor Bahru menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki dipercayai warga asing. Lelaki berkenaan memberi amaran supaya berhenti memberikan sokongan kepada perjuangan Palestin ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI