fbpx

Individu ada sakit jantung, paru-paru perlu waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan seorang lelaki memakai pelitup muka ketika menolak kereta sorong berisi barangan susulan jerebu yang melanda negara ketika tinjauan di sekitar pusat bandar raya semalam. FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan paling berisiko me­ngalami penyakit berkaitan je­rebu sekiranya mereka terdedah kepada udara kotor untuk tempoh yang terlalu lama.

Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, antara penyakit yang boleh dihidapi termasuklah batuk, sesak nafas dan gatal-gatal kulit.

Katanya, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru juga diingatkan supaya tidak terdedah kepada jerebu ekoran risiko teruk yang bakal dihadapi individu berkenaan.

“Jerebu mengandungi partikel yang dikenali sebagai particulate matter dan keadaan menjadi le­bih buruk apabila udara disedut masuk ke dalam paru-paru.

“Kalau yang ada penyakit asma, boleh dapat serangan. Sa­kit tekak, batuk dan sesak nafas semua itu disebabkan oleh particulate matter itu.

Penunggang motosikal perlu sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di kawasan berjerebu. – FOTO SHIDDIEQIIN ZON

Oleh itu, katanya, golongan ini digalakkan berada di rumah dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti luar bangunan se­perti beriadah.

Katanya, bagi pekerja di luar bangunan pula, mereka perlu amalkan pemakaian pelitup muka selain majikan perlu mewujudkan sistem penggiliran.

“Yang kerja kat luar macam penghantar makanan, pekerja pembersihan, polis dan anggota keselamatan, perlu pakai pelitup muka serta minum ba­nyak air.

“Majikan juga perlu buat sistem penggiliran pekerja supaya mereka tidak terdedah terlalu lama di luar bangunan.

“Kalau terdedah lapan jam berterusan, kadar pendedahan kepada jerebu lebih tinggi hingga boleh menyukarkan pernafasan dan kadar oksigen cenderung menjadi rendah terutamanya kepada perokok,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI