fbpx

Belanjawan 2024: Tempoh proses sijil halal dipendekkan 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, penganjuran Malaysia International Halal Showcase Ke-19 pada bulan lalu telah merekodkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada sasaran.

“Pameran halal terbesar dunia ini telah memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara.

“Selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus
kepada KDNK menjelang 2030,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sembilan institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.

“Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama JAKIM akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI