fbpx

Belanjawan 2024: RM2.4bilion untuk FELDA, FELCRA dan RISDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan RM2.4 bilion kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk terus merancakkan aktiviti agrikomoditi dan meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menjelang 2027, keluasan sawit tua yakni lebih 25 tahun dijangka mencapai lebih 560 ribu hektar dan ini akan menjejaskan produktiviti hasil buah tandan segar dengan kerugian sehingga RM7 bilion setahun.

“Bagi membendung masalah ini, Kerajaan akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan RM100 juta ringgit.

“Insentif ini akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian,” katanya di Parlimen hari ini.

Anwar berkata, industri kelapa sawit negara perlu terus dipertahan daripada salah tanggap Eropah.

“Kerajaan menyediakan RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemampanan industri sawit serta memperhebat Kempen Menangani Antiminyak Sawit di pentas antarabangsa.

“Lembaga Getah Malaysia telah berjaya membangunkan kaedah penggunaan gas stimulan yang berupaya memangkin pengeluaran getah sehingga tiga kali ganda di samping mampu menambah jangka hayat pokok getah sehingga 25 tahun,” katanya.

Justeru itu, RM10 juta disediakan bagi melaksanakan projek rintis penggunaan gas stimulan untuk manfaat pekebun kecil getah di ladang seluas 1,000 hektar.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI