fbpx

Belanjawan 2024: PM seru kerajaan negeri turunkan cukai hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kerajaan negeri menurunkan duti hiburan bagi membantu merancakkan lagi industri kreatif tempatan.

Menurutnya dalam pembentangan Belanjawan 2024 hari ini, seruan tersebut juga bagi melahirkan lebih ramai penggiat seni kreatif tanah air.

Katanya pendekatan tersebut diambil selepas mendengar keluhan ramai artis tempatan mengenai kadar 25 peratus duti hiburan yang dikenakan ketika ini.

“Dikesempatan ini juga saya mengambil untuk menyeru kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.

“Saya telah meneliti input yang diterima semasa Jelajah Belanjawan Madani di negeri Johor terkait pendekatan Kerajaan dalam menggalakkan kemasukan produksi filem asing ke Malaysia dan seterusnya menyaingi tawaran insentif negara lain.

“Kerajaan bercadang untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas antara sifar hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia,” katanya.

Bagi terus menjulang bakat-bakat seni tanah air, kerajaan juga mengumumkan bakal meneruskan penganjuran Anugerah Seni Negara yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2009.

“Sebagai pengiktirafan dan penghargaan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan, kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan,” katanya lagi.

Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi bidang seni yang diiktiraf oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Acara itu mula diperkenalkan pada tahun 1993 dan kategori terawal dan paling prestij anugerah ini ialah Anugerah Seniman Negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI