fbpx

Tiga budak masuk lubuk kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Liwagu, Kampung Puru-Puru semalam.

RANAU – Tiga kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Liwagu, Kampung Puru-Puru semalam.

Semua kanak-kanak yang berusia 12 tahun sewaktu kejadian dipercayai sedang mandi sebelum berlaku kejadian kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.59 petang.

“Seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati tiga kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai.

“Tindakan pasukan bomba membuat penyelamatan dengan memakaikan jaket keselamatan dan menggunakan tali memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepnuhnya pada pukul 3.35 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI