fbpx

Gangguan air : Hulu Selangor, Kuala Selangor sudah pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor (SSP1, SSP2, SSP3) dan LRA Rantau Panjang telah mencapai keseluruhan 93.1 peratus.

Henti tugas bagi kesemua LRA itu sejak semalam susulan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, bacaan tahap pemulihan itu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mencapai 100 peratus pemulihan diikuti Petaling (97.5 peratus) dan Gombak (94.7 peratus).

“Klang pula berada 93 peratus, Shah Alam (92.9 peratus) manakala Kuala Lumpur di tahap 70.6 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Air Selangor turut memaklumkan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sg Langat telah siap dilaksanakan.

Jelasnya, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 0.88 peratus setakat pukul 12 tengah hari.

” Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pukul 12:00 tengah hari, esok,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI