fbpx

Pemandu Ferrari langgar lima kenderaan janji bayar ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Ferrari remuk teruk selepas melanggar dua kereta dan tiga motosikal di Jakarta, Ahad lalu. - Foto KompasTV

JAKARTA – Seorang pemandu Ferrari berusia 29 tahun didakwa memandu laju sehingga melanggar lima kenderaan dari arah belakang dalam kejadian  di bulatan Senayan, Jakarta Selatan kelmarin, lapor portal berita Prohaba. 

Pemuda itu turut memukul dua penunggang motosikal setelah terlibat dalam nahas tersebut yang melibatkan tiga kereta dan dua motosikal. Dia  akhirnya ditangkap oleh polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra, pemandu itu ialah seorang usahawan yang memandu dari Surabaya ke Jakarta kerana hal ehawal pekerjaannya dan dia berjanji memberikan ganti rugi kepada mangsa-mangsa nahas tersebut.

Beliau berkata, pemuda tersebut melanggar lima kenderaan yang sedang berhenti di depannya kerana tidak berhati-hati dalam pemanduan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Lalu Lintas Metro Jaya, Diella Kartika Artha berkata, pemandu itu berada dalam keadaan sedar ketika kejadian dan dia tidak mabuk malah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa selepas kejadian tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI