fbpx

Dewan Rakyat: Projek naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses naik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah dan Sarawak disegerakan.

Ini kerana kata Anwar, Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk tujuan itu sebelum ini.

Jelasnya, penangguhan kerja-kerja naik taraf itu telah menyebabkan Malaysia agak lewat membangunkan sempadan Sabah serta Sarawak dengan Kalimantan di Indonesia, berbanding yang dilaksanakan di negara jiran itu.

“Saya setuju kita terlewat berbanding Indonesia yang sudah maju. Kalau ICQS mereka, lebih baik kerana kita agak lewat.

“Saya ingin tegaskan, RM1 bilion itu untuk 2023, maknanya kementerian masing-masing diminta supaya menyegerakan dan terserah kepada kementerian serta kerajaan negeri,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau) mengenai peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan dan naik taraf prasarana di sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan, termasuk CIQS.

Pada masa sama, Anwar memaklumkan bahawa beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membantu menyelaraskan khusus untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak, iaitu Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan RM1 bilion untuk sempadan.

Terdahulu, Anwar berkata, bagi tahun ini
Kerajaan telah meluluskan sejumlah 17 projek sempadan iaitu melibatkan lapan projek di Sabah dengan kos projek RM82.2 juta dan sembilan di Sarawak dengan kos projek RM88.2 juta untuk dimulakan segera.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan juga akan terus memanfaatkan platform kerjasama subserantau sedia ada seperti Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Brunei-Indonesia-
Malaysia-Phillippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) untuk meneroka peluang dan potensi bagi menggalakkan aktiviti ekonomi merentas sempadan dengan negara-negara jiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI