fbpx

MIDF perkasa masa depan belia di MSAM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar SMK Dato' Kailan dan SMK Kampong Selamat berpeluang mendalami bidang celik kewangan menerusi bengkel anjuran MIDF pada MSAM 2023, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menterjemahkan komitmen terhadap pencapaian akademik dan kecemerlangan masa depan rakyat Malaysia dengan penganjuran bengkel Celik Kewangan pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam program yang sama, MIDF turut menyumbang komputer riba kepada 10 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berasal dari Pulau Pinang, yang dikenal pasti oleh MIDF dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Bengkel selama sehari dengan kerjasama Financial Industry Collective Outreach (FINCO), sebuah inisiatif yang dipelopori oleh institusi kewangan di Malaysia dengan bimbingan Bank Negara Malaysia itu merangkumi beberapa modul komprehensif untuk menggalakkan pelajar meneroka pengurusan kewangan peribadi dan membangunkan tabiat kewangan yang baik.

Seramai 150 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Kailan dan SMK Kampong Selamat berpeluang mendalami bidang celik kewangan yang merangkumi topik penting seperti belanjawan, simpanan, pelaburan dan pengurusan kewangan berkesan.

Timbalan Presiden Eksekutif MIDF, Ahmad Farouk Mohamed berkata, sebagai menyokong teguh usaha pendidikan, MIDF mengiktiraf peranan penting teknologi dalam landskap akademik moden.

“Inisiatif ini selaras dengan visi kami untuk menyumbang kepada masa depan Malaysia dengan memupuk pertumbuhan dan pembangunan bakat muda,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk MSAM tahun ini, MIDF menyediakan sebuah unit motosikal berprestasi tinggi Yamaha MT-25 sebagai hadiah utama serta lapan unit motosikal Yamaha 135-LC untuk dimenangi pengunjung bertuah.

Selain itu, MIDF turut menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari beberapa kawasan yang ditetapkan ke tapak MSAM 2023 untuk kemudahan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI