fbpx

Makan dalam, ‘sokong Ukraine tapi tidak Palestin’ – Zara Larsson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Zara Larsson berkongsi hantaran status berbunyi sinikal buat mereka yang menunjukkan sokongan terang-terangan terhadap Israel.

PENYANYI popular Sweden, Zara Larsson mempersoalkan kewarasan mereka yang melahirkan sokongan secara terbuka terhadap askar Isreal yang saban tahun membedil Palestin.

Pelantun lagu On My Love itu dengan sinis memberi analogi sokongan bersifat ‘double standard’ yang ternyata tidak sama seperti kemelut peperangan antara Ukraine dan Russia.

“Oh so it’s stand with Ukraine when Russia invades but not Palesti-(oh beri sokongan terhadap Ukraine apabila Rusia serang tetapi tidak sokong Palestin),” coretnya menerusi Instagram Story.

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan yang ditulis Larsson itu dan tidak kurang, ada yang meminta dirinya sebagai selebriti tidak terlalu mencanang pendirian tentang krisis yang melanda Israel-Palestin.

“Akhirnya, seorang selebriti dengan alasan yang munasabah” tulis seorang pengguna aplikasi X.

“Dalam perkara ini, golongan selebriti sepatutnya diam dan hormat (dengan tidak berkata-kata),” tulis seorang pengguna media sosial lain.

Dalam pada itu, mogul kosmetik sensasi, Kylie Jenner menerima kecaman orang ramai kerana melahirkan sokongan secara terang-terangan terhadap Israel dalam media sosialnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas mengulang siar hantaran yang antaranya berbunyi ‘I Stand With Israel’, dia bertindak memadam hantaran tersebut selepas menerima banyak kecaman daripada para peminatnya.

Terdahulu, ramai selebriti Hollywood lain memilih untuk menunjukkan sokongan terhadap Israel termasuklah Kris jenner, Jamie Lee Curtis, Gal Gadot dan Sarah Paulson.

Sementara itu, figura popular lain memilih jalan lain dengan melahirkan sokongan terhadap Palestin termasuk Emma Watson, Bella Hadid, Dua Lipa dan ramai lagi.

Sekadar info, kemelut Israel-Palestin mengejutkan dunia sekali lagi apabila angka kematian serangan mengejut pejuang Hamas ke atas selatan Israel meningkat kepada sekurang-kurangnya 700 orang termasuk 44 askar Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI