fbpx

Konflik Palestin-Israel: Rejim Zionis arah kepungan penuh Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP hitam dan tebal muncul di tengah-tengah bangunan kediaman selepas diserang tentera Zionis hari ini. – AFP

 

BANDAR GAZA – Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant hari ini mengarahkan tentera Rejim Zionis melancarkan kepungan sepenuhnya ke atas Bandar Gaza, lapor saluran berita CNN.

Arahan dikeluarkan selepas tentera Israel berkata, pihaknya menguasai semula komuniti haram Yahudi berhampiran kawasan pantai yang diserang pejuang Hamas.

Menurut Gallant, Israel akan memotong bekalan elektrik, makanan, air dan bahan api ke Gaza.

“Saya telah memberikan arahan supaya Bandar Gaza dikepung sepenuhnya,” kata Gallant.

Tentera Zionis terdahulu menyatakan telah menguasai semula semua komuniti di sekitar Gaza serta tiada pertempuran berterusan antara askarnya dan pejuang Hamas di Israel.

Pengumuman oleh jurucakap tentera Israel,  Daniel Hagari itu dibuat lebih 48 jam selepas pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut dengan membedil beribu-ribu roket dan menghantar  pejuang bersenjata ke Israel.

Dalam pertempuran yang memasuki hari ketiga hari ini, jet-jet Israel terus mengebom kawasan Palestin di Bandar Gaza.

Sekurang-kurangnya 560 orang termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak terbunuh, manakala 2,900 orang cedera, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI