fbpx
Perbuatan sihir biasanya dilakukan bagi tujuan khianat atau membalas dendam kepada individu tertentu. – GAMBAR HIASAN

Suami isteri bercerai, adik beradik berbalah angkara sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan syirik seperti sihir masih popular dan diamalkan oleh segelintir masyarakat di negara ini terma­suklah bagi tujuan khianat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, kebiasaannya penggunaan sihir didorong oleh hasad dengki untuk merosakkan individu yang menjadi sasaran.

“Di samping hasad dengki, ada juga pesakit cenderung memilih rawatan sedemikian (sihir) apabila rawatan moden yang dicuba gagal untuk menghilangkan penyakit misteri yang dialami.

“Selain itu, peningkatan amalan sihir ini turut didorong ke­pada wujudnya ramai individu yang mengaku sebagai perawat sihir atau bomoh yang menawarkan pelbagai perkhidmatan de­ngan bayaran-bayaran tertentu,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Wan Salim berkata, amalan itu adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan termasuk salah satu daripada tujuh dosa paling besar (al-mubiqat as-sab’ah).

“Ini kerana sihir boleh memudaratkan mangsa seperti me­ngalami sakit fizikal atau mental selain ada yang menyebabkan sehingga berlakunya perceraian antara suami dan isteri atau perbalahan sesama adik beradik.

“Ada juga amalan sihir yang dilakukan dengan memohon bantuan jin atau syaitan. Adalah dibimbangi dengan cara ini boleh membawa kepada syirik apabila seseorang mempercayai bahawa makhluk-makhluk itu mampu memberi manfaat atau mudarat kepada seseorang,” ujarnya.

Kata Wan Salim, daripada perspektif hukum Islam, individu tidaklah dilarang menggunakan rawatan alternatif yang tidak bercanggah dengan Islam sekiranya dia yakin bahawa Allah sahaja yang menyembuhkan pe­nyakit, manakala perawat hanya membantu berikhtiar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN