fbpx

Kanak-kanak bantu betulkan seluar Ipin terlondeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghibur jalanan yang memakai kostum Ipin membetulkan seluar pendeknya di Kota Baru baru-baru ini. - Foto TikTok/@lely_faj

JAKARTA – Seorang kanak-kanak membantu membetulkan seluar pendek seorang penghibur jalanan yang memakai kostum kanak-kanak Ipin di Kota Batu, Jawa Timur, lapor portal berita liputan6 semalam.  

Dalam satu rakaman video di aplikasi TikTok  yang menggunakan akaun @lely_faj semalam, penghibur jalanan yang memakai kostum kanak-kanak Ipin itu dilihat malu untuk memakai semula seluar  tersebut.

Seluar pendek itu melorot ketika penghibur jalanan  berkenaan cuba memakai seluar tersebut ketika melakukan persembahan tetapi seorang budak yang berdiri berdekatan membantunya untuk memakaikannya semula.

Sejak video itu dimuat naik, ia sudah ditonton lebih 12 juta kali dengan mendapatkan 1.5 juta tanda suka daripada pengguna TikTok.

Terdapat sekitar 14 ribu komentar di ruangan komen,  manakala ada netizen yang  memuji sikap baik hati kanak-kanak tersebut.

Ipin ialah salah satu watak dalam filem kartun yang popular di Malaysia dan Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI