fbpx

Anwar bertemu Presiden UAE di Istana Qasr Al Shati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al Shati' semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam dengan mengadakan pertemuan bersama Presiden UAE, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al Shati’

Menurut Anwar, menyertai beliau dalam pertemuan berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Sesi itu merupakan ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait selain perbincangan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.

“Khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan, dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara untuk masa depan yang mampan dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia ada, Malaysia-UAE akan menjalinkan kerjasama melalui perjanjian persefahaman pelaburan antara MIDA dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC).

Tambah beliau, kedua-dua negara juga meluluk ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh diperbaharui antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC – MASDAR.

“MoU ini bertujuan untuk membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai USD8 bilion dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia menjelang 2025.

“Kesepaduan kerjasama Malaysia-UAE berkaitan perdagangan dan pelaburan turut diharmonikan dengan pelantikan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja, Presiden dan CEO Petronas sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC), manakala Rashid Alblooshi, Naib Presiden Kanan Mubadala Energy mewakili UAE,” katanya.

Ujar beliau, Malaysia dan UAE akan terus meneroka bentuk kerjasama dan hubungan yang lebih erat bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI