fbpx

Fasiliti ujian CTRM TL jadi hab kalibrasi untuk produk ujian Testia, anak syarikat Airbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsuddin (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian di Singapura baru-baru ini.

PETALING JAYA – Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) telah mencipta satu lagi detik bersejarah dalam industri aeroangkasa apabila fasiliti ujiannya disahkan sebagai hab kalibrasi rantau Asia Pasifik untuk produk-produk ujian oleh Testia, anak syarikat Airbus.

Melalui Perjanjian Perkhidmatan Induk antara CTRM dan Testia baru-baru ini, anak syarikat CTRM iaitu CTRM Testing Laboratory Sdn. Bhd. (CTRM TL) telah dipilih sebagai hab kalibrasi pertama untuk produk ujian Testia di rantau Asia-Pasifik dan yang pertama di luar pangkalan Testia di Toulouse, Perancis.

Perkhidmatan lain yang akan disediakan termasuk latihan Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing), program Akademi Kadet NDT untuk pembangunan tenaga kerja bertauliah melalui latihan teori dan di tempat kerja, serta pengedaran produk Testia di rantau Asia-Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, melalui perjanjian ini, CTRM TL akan menawarkan perkhidmatan makmal untuk kalibrasi produk Testia dan menjadi platform pendaftaran komprehensif untuk Akademi Kadet NDT Testia. 

Selain itu, CTRM TL juga sedang mengintai peluang untuk menjadi pengedar dan pusat latihan rasmi bagi rangkaian produk dan perkhidmatan NDT Testia di rantau ini. 

“Pelantikan ini sememangnya satu pencapaian yang membanggakan yang mana keupayaan CTRM telah diiktiraf oleh Testia dan kumpulan Airbus secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini..

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telahi berlangsung bersempena Minggu Penerbangan MRO Asia Pasifik Singapura 2023. 

Shamsuddin telah menandatangani bagi pihak CTRM manakala Ketua Pegawai Eksekutif Testia, David Rottembourg menandatangani bagi pihak syarikatnya. 

Kedua-dua pihak dijangka memuktamadkan syarat perjanjian, termasuk maklumat teknikal, harga dan pemasaran, dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama ini memberi petanda baik terhadap keseluruhan strategi syarikat ke arah mengembangkan perniagaan dan penglibatan CTRM dalam industri ini.

“Kami juga berbesar hati untuk terus memberi komitmen terhadap kecemerlangan industri melalui pembangunan pakar tempatan dan pada masa yang sama menyokong inisiatif Testia untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi mengukuhkan permintaan global modal insan industri aeroangkasa,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI