fbpx

Dua beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh itu mengorbankan Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

Difahamkan, lokasi kejadian nahas itu hanya sekitar 300 meter dari sekolah dua beradik tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara di sini.

KEADAAN kereta Perodua Viva yang terlibat nahas mengorbankan dua beradik di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, Bagan Datuk, hari ini. – Foto IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, nahas membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dan sebuah kereta Perodua Viva dipandu wanita berusia 28 tahun.

Katanya, ketika kejadian, motosikal ditunggang dua beradik itu datang dari arah Bagan Datuk menuju ke Hutan Melintang manakala kereta pula dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal tersebut disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta di pandu wanita itu.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, pemandu kereta cedera ringan manakala mayat dua beradik itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI