fbpx

Bas terjunam dari jambatan di Venice, 21 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berada di lokasi nahas sebuah bas di Mesre, Venice semalam. - AFP

ROM, Itali – Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk dua kanak-kanak dan pelancong asing terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari sebuah jambatan dan terbakar di Venice, semalam.

“Satu tragedi telah melanda komuniti kami petang ini (semalam),” kata Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro di Facebook.

Gabenor wilayah Venice, Luca Zaia berkata: “Angka sementara adalah sekurang-kurangnya 21 orang maut dan lebih 20 lagi dimasukkan ke hospital.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengalihkan dan mengenal pasti mayat-mayat berkenaan. Mangsa yang cedera termasuk daripada beberapa kewarganegaraan, bukan hanya Itali.”

Sementara itu, seorang pegawai dewan bandar raya berkata, mangsa yang maut termasuk pelancong Ukraine, manakala agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa angka kematian termasuk warga Jerman dan Perancis.

“Tiga warga Ukraine, seorang rakyat Croatia, Jerman dan Perancis adalah antara yang cedera,” kata seorang pegawai kepada AFP.

Bas itu dalam perjalanan pulang dari lokasi bersejarah di Venice ke tapak perkhemahan apabila kemalangan berlaku sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan) semalam.

Menurut anggota bomba, bas itu terbakar selepas terjunam dari jambatan yang melintangi laluan kereta api, yang menghubungkan daerah Mestre dan Marghera di bandar Venice. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI