fbpx

TH tubuh task force bincang proses pemulangan aset dengan MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im selepas berucap di Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1444 Hijrah di Menara TH, hari ini. - Foto oleh AMIN AZMAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan pasukan petugas khas (task force) bagi meneruskan perbincangan terperinci dengan Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan proses penyerahan semula aset.

Kerajaan sebelumnya dilaporkan, akan menyerahkan semula aset TH yang dipindahkan daripada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, apa pun bentuk perbincangan yang dijalankan, kepentingan kerajaan dan pendeposit perlu menjadi keutamaan.

“TH dan MOF telah memulakan perbincangan secara tidak rasmi pada Jumaat lepas dan TH akan membentuk task force yang akan bincang secara terperinci tentang perkara ini.

“Prosesnya akan diketahui selepas perbincangan itu sebab kena kenal pasti aset-aset terlibat dan nilai semua perkara. Saya yakin bahagian pelaburan TH akan mainkan peranan penting dalam perbincangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1444 Hijrah, di Menara TH, di sini hari ini.

Sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan menyerahkan semula aset TH susulan prestasi pengurusan TH yang semakin baik.

Katanya, pemulangan aset itu akan dilaksanakan secara berperingkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI