fbpx

Pesara rugi RM1.9 juta diperdaya lelaki menyamar staf KKM, polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menyamar staf KKM dan polis berjaya diberkas di sekitar daerah Barat Daya, Balik Pulau, semalam.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki di sekitar daerah Barat Daya di sini selepas disyaki menyamar kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis sehingga mangsa warga emas mengalami kerugian RM1.9 juta.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek lelaki berusia 31 tahun itu diberkas selepas terlibat kes penipuan seorang wanita yang juga pesara berusia 67 tahun.

“Suspek disyaki menjadi keldai akaun sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan KKM dan polis.

“Mangsa seorang pesara wanita dikatakan telah membuat satu keterangan palsu berkenaan Covid-19 dan telah disambungkan ke pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Mangsa merupakan seorang pesara wanita telah membuat 24 transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.9 juta,” katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan polis kerana disyaki menjadi keldai akaun dalam sindiket memperdaya mangsa dalam urusan tawaran kerja dari pihak Happy Buy yang menjanjikan pulangan keuntungan tidak wujud.

“Mangsa merupakan seorang suri rumah berusia 30 tahun telah membuat 12 transaksi pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8,050,” katanya.

Selain itu, polis turut menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diiklankan melalui carian google.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun bekerja sebagai kerani telah membuat 16 transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,840

“Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran kerja luar negara atau lain-lain,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play Store semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI