fbpx

Bahagian Hal Ehwal Awam markas ATM terima ketua bahagian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuhairy (kanan) ketika ditemui di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam, semalam.

PETALING JAYA – Bahagian Hal Ehwal Awam (BHEA) Markas ATM menerima ketua bahagian baharu, Lt Kol Zuhairy Limat menggantikan Lt Kol Mohd Riduan bin Yusoff, semalam.

Majlis yang bertempat di Auditorium PAT, Perpustakaan KEMENTAH itu disaksikan oleh Ketua Pengarah Sekretariat Markas ATM, Brig Jen Zulmadi Ariffin dan para pegawai serta staf yang bertugas di Sekretariat Markas ATM dan BHEA.

Menurut Mohd Riduan, serah menyerah itu adalah atas persaraan beliau dari perkhidmatan ATM amnya dan Tentera Darat khususnya.

“Dengan rendah hati saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama erat dan bantuan yg telah diberikan kepada BHEA MK ATM dna staf BHEA sepanjang saya memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian BHEA sejak Ogos 2019.

“Sesungguhnya jaringan perhubungan dan kerjasama erat ini amat saya hargai dan sanjungi.

“Semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan dengan kepimpinan baharu di BHEA di bawah Ketua Bahagian yg baharu iaitu Lt Kol Zuhairi Limat,” katanya.

Mohd Riduan telah memegang jawatan tersebut sejak Ogos 2019 dan akan mula bercuti sebelum bersara secara pilihan dari perkhidmatan ATM amnya dan Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya.

Dalam pada itu, ATM juga sempat merakamkan ucapan tahniah dan selamat bersara kepada Mohd Riduan atas segala jasa dan pengorbanan beliau selama ini.

“Selamat maju jaya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Mohd Riduan di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

“Kami juga ingin menucapkan selamat bertugas buat Lt Kol Zuhairy selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam yang baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI