fbpx

Suspek pencuri buang air besar dalam kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suspek pencuri membuang air besar di dalam seluar ketika menaiki kereta polis di Kotamobagu baru-baru ini. - Foto SM Banyumas

JAKARTA  – Seorang pemuda yang disyaki mencuri barangan elektronik membuang air besar di dalam seluarnya ketika menaiki sebuah kereta polis dalam kejadian di Kotamobagu, wilayah , Sulawesi, lapor portal berita Prohaba semalam.

Sebelum pemuda itu ‘melepaskan hajatnya’, dia dikehendaki polis kerana menjadi suspek utama kes kecurian barangan elektronik di lima lokasi berbeza di bandar tersebut.

Namun, selepas ditangkap dan dibawa menaiki kereta polis baru-baru ini, beberapa anggota polis memutuskan untuk keluar dari kenderaan tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuk yang ‘semerbak’.

Ketua Polis Kotamobagu, Dasveri Abdi berkata, kejadian itu dirakam menggunakan  kamera telefon bimbit milik seorang anggota polis terbabit sebelum dimuat naik ke laman Facebook.

Suspek ditangkap pada 23 September lalu.

Rakaman memaparkan seorang daripada empat anggota polis itu bertanya kepada suspeki sama ada dia ada membuang air besar di dalam seluar dan pemuda berkenaan mengaku ‘melepaskan hajatnya’,  menyebabkan kereta polis berhenti. – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI