fbpx

Patimah pertahan Puteri Sarah, abai kecaman netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATIMAH berpendapat individu yang masih menganggu menantunya disifatkan sebagai cemburu.

PETALING JAYA – Isteri kepada pengarah, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meminta menantunya , aktres Puteri Sarah Liyana mengabaikan semua komen negatif yang dilemparkan oleh mana-mana individu bersifat cemburu.

Menerusi perkongsian Instagram Patimah, dia menganggap individu yang masih menyebarkan perkara buruk mengenai Sarah sebagai meroyan.

“Puteri Sarah Liyana, tidak jadi kudis pun.

“Biar dia meroyan, cemburu tu,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen tanpa menyebut nama mana-mana individu.

Sementara itu, kebanyakan netizen yang meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut turut berpendapat Sarah tidak sepatutnya masih diganggu oleh pihak lain selain mengungkit kidah rumah tangga yang sudah menjadi sejarah dalam lipatan hidupnya.

“Kasihan Sarah masih dinganggu, harap pihak sana berhentilah melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

“Bagus Datin masih menyokong Sarah walaupun sudah bercerai dengan anaknya,” komen netizen.

Sebelum ini, Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan iaitu bekas kakak ipar Ira Kazar.

Kata Sarah, dia telah berbincang dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof sebelum mengambil tindakan undang-undang tersebut.

Saman tersebut difailkan susulan wanita tersebut didakwa masih lagi membuat kenyataan berbaur fitnah berkaitan kisah rumah tangga Sarah.

Puteri Sarah dan Syamsul sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI