fbpx
Gambar hiasan.

Buat hibah takaful cukup hanya penerima tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini kecoh di media sosial tentang satu kes hibah takaful bernilai RM1 juta dicabar di Mahkamah Tinggi Sivil.

Kes bermula apabila seorang peserta takaful yang memiliki polisi bernilai RM1 juta me­ninggal dunia dan di dalam polisi berkenaan, Allahyarham menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat (Hibah Nomination).

Selepas tuntutan hibah diluluskan syarikat takaful dan balu Allahyarham me­nerima pampasan sebagaimana dinyatakan dalam penamaan hibah, pihak keluarga arwah tidak berpuas hati lalu membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk membatalkannya.

Bagaimanapun balu si mati tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Sivil lalu keputusan itu memihak kepada ibu bapa Allahyarham dan diarahkan untuk difa­raidkan hibah takaful tersebut.

Menurut peguam syarie, Fahmi Ramli, hibah atau wasiat atau apa sahaja hal melibatkan harta orang Islam boleh dibawa dan dicabar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Katanya, ia juga boleh dicabar di Mahkamah Sivil meman­dangkan hibah takaful terlin­dung di bawah Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013 & Takaful Act 1984 meskipun melibatkan harta orang Islam.

Selain hibah takaful menurut Fahmi, hibah harta juga boleh dicabar di Mahkamah Tinggi Syariah dengan tujuan untuk menilai sah atau tidak hibah sesuatu harta itu dibuat mengikut syarak.

“Contohnya, semasa hidup si mati menghibahkan rumahnya kepada isteri secara bertulis.

“Namun, waris-waris faraid yang lain tidak berpuas hati lalu mereka nak mencabar kesahan hibah bertulis tersebut, maka ia boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dan mesti dibuktikan oleh penerima hibah mengikut syarak dan undang-undang,” katanya.

Fahmi berkata, ada juga kes apabila hibah tidak disahkan lebih-lebih lagi jika tidak ada sebarang surat ikatan hibah, tidak lafaz ijab qabul, tak ada saksi yang mendengar dan macam-macam lagi.

“Jika tidak ada bukti, itulah yang kebanyakannya gagal membuktikan pemberian hibah harta tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, hibah harta seperti rumah, kereta dan lain-lain perlu diberitahu kepada waris.

Ia kerana katanya, semua urusan akan ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan waris faraid, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil untuk pentadbiran harta.

Berbeza dengan hibah taka­ful, Fahmi berkata pemberi seharusnya tidak perlu menguar-uarkan kepada individu lain melainkan cukup hanya pe­nerima tahu.

“Jangankan RM1 juta, kalau buat RM30,000 sekalipun tak perlu canang. Jika berlaku kematian pencarum, tidak ada pun syarikat insurans atau takaful akan hubungi semua waris lain melainkan hanya pe­nerima sahaja,” katanya.

Tambah Fahmi, cukup hanya penerima sahaja yang tahu ke­rana hibah takaful hadiah pencarum semasa hidup untuk meringankan beban penerima khususnya isteri yang terpaksa membesarkan anak-anak bersendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN