fbpx

Keputusan kes REE Muhammad Sanusi dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

KAJANG – Siasatan mengenai siasatan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik yang membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sudah dilengkapkan dan keputusan bakal dikeluarkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya sebelum melakukan apa-apa tindakan.

“Kes tersebut telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kajian seterusnya dan mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu sebelum sebarang keputusan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar SPRM Bersama Media 2023 Sempena Ulang Tahun SPRM Ke-56, di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang, hari ini.

Isnin lalu, Sanusi memaklumkan SPRM telah merekodkan kenyataannya mengenai siasatan kes kecurian unsur REE.

Menurutnya, proses tersebut berjalan lancar dengan kehadiran pegawai SPRM ke pejabatnya yang bertanyakan empat soalan berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, akhbar melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan isu perlombongan REE di Sik berikutan perlombongan bahan berkenaan dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI