fbpx

Cheras, Nilai catat IPU tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak tiga kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPUO tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 10 pagi, hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaannya 151.

Kawasan di Selangor yang dilanda Jerebu adalah Shah Alam dengan bacaan semasa 103 manakala Nilai, Negeri Sembilan turut mengalami keadaan sama iaitu 110 bacaan setakat ini.

Sementara itu, 59 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antara kawasan yang berada di tahap ini adalah Kota Bharu, Kelantan dengan bacaan 58, Larki, Johor (94); Kangar, Perlis (89), dan Seri Manjung (81).

Data sama turut menunjukkan hanya enam kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik iaitu masing-masing di Sabah dan Sarawak.

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah, Sarikei (49), Sibu (46) dan Miri (48) manakala Sabah adalah Kimanis (31), Sandakan (39) dan Tawau (48). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI