fbpx

Szoboszlai cetus kebangkitan The Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZOBOSZLAI meraikan jaringannya menerusi rembatan padu untuk gol kedua Liverpool ketika menewaskan Leicester City 3-1 pada aksi EFL di Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada Dominik Szoboszlai yang cetus kebangkitan untuk tewaskan Leicester City 3-1 pada aksi Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

Szoboszlai masuk sebagai pemain gantian dan segera me­nyerlahkan kualitinya selepas The Reds terlebih dahulu bolos, menyaksikan Kasey McAteer membuka jaringan buat Leicester City seawal minit ke-3.

“Saya tidak perlu membe­ritahu kepadanya supaya me­lakukan rembatan kerana dia pasti lebih tahu berbanding saya. Jelas sekali dia memiliki kemahiran yang cukup baik.

“Akhirnya dia melakukan rembatan yang jelas sekali ia adalah jaringan yang cukup menarik,” katanya.

Sebelum itu, Cody Gakpo meledak gol penyamaan Liverpool sebelum Szoboszlai dan Diogo Jota melengkapkan kemenangan buat The Reds.

Perkembangan itu pastinya melegakan Klopp dan kualiti dipersembahkan pemain te­ngahnya jelas menutup keresahan di bahagian tengah selepas hilang ramai pemain pada musim panas kali ini.

Ditanya adakah Szoboszlai sudah pun menyesuaikan diri de­ngan pasukan, Klopp menjelaskan, komitmen diserlahkan pemainnya itu nyata sukar untuk dinafikan.

“Dia seorang pemain yang hebat dan mudah untuk ‘melangkah masuk’ ke dalam pasukan. Secara semula jadinya dia memiliki keyakinan dan segala kerja kerasnya sudah pun dapat disaksikan pada perlawanan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI