fbpx

Nasri ganti Mat Kasim pangku Pengarah JSPT Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menyaksikan penyerahan Dokumen Serah Terima Mat Kasim (kiri) kepada Nasir (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR- Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar dilantik menjadi pemangku Pengarah JSPT, Bukit Aman, hari ini.

Beliau menggantikan bekas Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib selepas berkhidmat dalam pasukan lebih 35 tahun.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, persaraan Mat Kasim pasti akan meninggalkan legasi yang tersendiri dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di JSPT.

“Saya mewakili barisan kepimpinan tertinggi pasukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau (Mat Kasim) atas segala khidmat bakti yang dicurahkan.

“Sepanjang perkhidmatan sebagai orang nombor satu di dalam JSPT, beliau (Mat Kasim) telah memainkan peranan penting dalam memastikan jabatan ini menambah baik saluran penyelesaian saman PDRM melalui platform atas talian pada Mac 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah Ayob, penambahbaikan dilaksanakan dengan memperkenalkan portal dan aplikasi myBayar PDRM dengan ciri-ciri baharu yang mana ia boleh diakses oleh masyarakat dengan mudah.

Katanya, melalui aplikasi ini, sebanyak 58 peratus saman telah diselesaikan secara dalam talian pada tahun lalu.

“Didoakan semoga, usaha serta inisiatif yang diperkenalkan ini dapat diteruskan, bahkan diperhebatkan lagi oleh peneraju baharu JSPT selepas ini, Insya-ALLAH,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI