fbpx

Kedai Pak Mandor menang anugerah nasi lemak terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai Pak Mandor (kiri) menang anugerah nasi lemak terbaik di Yishun, Singapura. - Foto MSNews

SINGAPURA – Kedai Nasi Lemak Pak Mandor di Yishun, Singapura dinobatkan oleh stesen radio tempatan, Class 95 sebagai pemenang anugerah nasi lemak terbaik selepas menerima undian pendengar stesen tersebut, lapor portal berita MSNews hari ini. 

Pak Mandor Nasi Lemak yang dikendalikan oleh seorang ibu dan dua anak perempuannya, merupakan penerima anugerah yang membanggakan itu berkat makanan yang lazat dan harga berpatutan.

Kedai mereka itu begitu popular sehinggakan makanan itu sering dilaporkan habis menjelang tengah hari (waktu tempatan) selepas dibuka pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) setiap hari. 

Penyampai Class 95, Yasminne Cheng yang mengunjungi kedai tersebut dan mencuba sepinggan nasi lemak dengan timbunan sambal memuji setiap komponen hidangannya.

Seorang blogger makanan, Tam Chiak menyifatkan hidangan di kedai tersebut sebagai sederhana dan tidak syak lagi nasi lemak terbaik di Yishun. 

Selain itu, penulis menunjukkan kepelbagaian makanan yang anda boleh dapatkan pada harga cuma SG$3 (RM10.34). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI