fbpx

Tiga cedera dihempap pokok ketika mandi Air Terjun Batu Bertenggek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang dihempap pokok di Air Terjun Batu Bertenggek, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Keseronokan empat rakan mandi di Air Terjun Batu Bertenggek, di sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dihempap pokok setinggi 10 meter, hari ini.

Ekoran kejadian mencemaskan selama 15 minit itu, seorang wanita parah di muka serta pinggang, manakala dua lagi rakannya cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.59 pagi.

Seramai lima anggota dan dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati sebatang pokok setinggi 10 meter tumbang dan menghempap tiga individu di lokasi tersebut.

“Tiga individu itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 24 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pemeriksaan mendapati seorang wanita parah, manakala dua lagi cedera ringan. Mereka datang dari Shah Alam ke lokasi tersebut untuk bermandi-manda,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI