fbpx

Jangan buat fitnah, saya hormat ayah Aleesya – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERRA FAZIRA menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perceraian Emran dan Noor Nabila.

PETALING JAYA – Tidak pernah mencampuri permasalahan hidup bekas suami, pelakon terkenal Erra Fazira kesal apabila terkait dalam isu perceraian Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan usahawan juga kakak Neelofa, Noor Nabila.

Selebriti dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sikap sebenar Emran mahu pun hal rumah tangga pasangan terbabit seperti dipaparkan pihak yang sengaja mencetuskan sensasi sehingga mengundang fitnah.

“Jangan macam ini. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini!

“Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” katanya yang meluahkan rasa terkilan itu dalam Instagram Story, hari ini.

Dengan kapsyen bertulis, ‘Masalah itu tidak dapat dibendung lagi”… baru sahaja Engku Emran cerai, Erra dedah ini sebenarnya berlaku sebelum itu’, penulisan berkenaan seolah-olah memberi bayangan bahawa Erra cukup maklum konflik yang dihadapi Emran bersama Nabila.

Lebih teruk, penyiaran kenyataan palsu tersebut mengundang fitnah sehingga dia dituduh sebagai punca perceraian pasangan itu

Pada perkongsian sama, aktres berusia 49 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah menghukum pasangan yang bercerai.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak,” katanya mengulas kenyataan palsu yang dikeluarkan satu pihak tidak bertanggungjawab tentang dirinya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Noor Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pukul 12.51 tengah hari, semalam.

Kemelut rumah tangga pasangan yang mendirikan mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu itu mula diperkatakan selepas mereka tidak lagi kelihatan bersama kebelakangan ini.

Sebelum berkahwin dengan kakak kepada usahawan selebriti Neelofa, Engku Emran menikahi Erra pada 25 Oktober 2007, namun tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 14 tahun.

Lelaki berusia 48 tahun itu juga pernah bergelar suami kepada pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan berkenaan, Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI