fbpx

Dewan Negara: KPM disaran anjur kempen larang guru hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hisamudin

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan kempen larangan menghisap vape dalam kalangan guru sekolah.

Menurut beliau, gejala guru menghisap vape memberi contoh yang tidak baik sekaligus menyukarkan kempen larangan menghisap vape dalam kalangan pelajar sekolah.

“Saya tengok KPM melaksanakan kempen ke atas pelajar, tetapi apa tindakan kepada cikgu (guru) yang hisap vape. Kalau gejala cikgu menghisap vape depan budak (sekolah) tak kira hari sukan ke hari apa, jadi sukar KPM nak didik murid sebab cikgu pun sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Dewan Negara semalam.

Menjawab persoalan itu, Fadhlina berkata, guru yang didapati menghisap vape atau peranti rokok elektronik di hadapan pelajar akan dikenakan tindakan.

Tegas beliau, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat aduan tentang salah laku berkenaan.

“Saya fikir kalau adanya dakwaan (perkara) itu berlaku, kita ada prosesnya dan ia mesti melalui aduan.

“Kita boleh ambil tindakan sekiranya didapati ia akan memberikan kesan yang buruk kepada ekosistem di sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI