fbpx

Kamera disembunyi dalam soket di bilik penginapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamera tersembunyi yang ditemui pelancong dari China.

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kes sepasang warga China yang menemui kamera kecil tersembunyi yang dipasang dalam soket bilik sebuah penginapan di bandar raya ini.

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat pengadu warga China pada 7 September lalu sekitar 5.27 petang.

“Polis Kota Kinabalu menerima dan meneliti satu paparan yang ditularkan melalui media sosial berkaitan kes sepasang warga China yang menemui kamera kecil tersembunyi yang dipasang di dalam soket di bilik sebuah penginapan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka susulan laporan itu dan kes disiasat mengikuti Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian sudah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes dibuat.

Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek juga sedang dijalankan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menafikan meminta pengadu memadam paparan yang dibuat dalam platform media sosial.

Katanya, polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Khairul Shah Peri di talian 011-2669 1994.

Terdahulu, tular di media sosial apabila pasangan dari China yang menginap di sebuah penginapan di Kota Kinabalu terkejut selepas menemui kamera kecil yang tersembunyi di dalam soket. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI