fbpx

Gegar Vaganza: ‘Hot seats’ GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerusi 'hot seats' GV10 ternyata memberi kejutan apabila penyanyi Zamani (GV5) menjadi peserta yang bakal memberi saingan kepada bintang lain.

SHAH ALAM – Teka-teki lima bintang yang bakal melengkapkan 15 peserta program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) akhirnya terjawab pada konsert minggu pertama, hari ini.

Antara penyanyi yang berjaya meraih undian peminat, sekali gus layak mengisi kekosongan kerusi GV10 adalah penyanyi Tomok daripada GV9 dan Suki Low (GV8)

Dua lagi penyanyi yang turut berjaya mendapat tempat bersaing dengan juara-juara GV musim terdahulu ialah pemenang tempat kedua GV8 iaitu Nikki Palikat dan bekas vokalis Exist, Ezad Lazim (GV2).

Pengumuman seorang lagi bintang yang berjaya mengisi kekosongan kerusi ‘hot seats’ GV10 ternyata memberi kejutan apabila penyanyi Zamani (GV5) menjadi peserta yang bakal memberi saingan kepada bintang lain.

Kejutan berganda apabila seorang lagi penyanyi, Liza hanim (GV4) diumumkan sebagai bintang keenam, sekali gus menjadikan jumlah peserta GV10 kesemuanya seramai 16 peserta.

Konsert minggu pertama GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam masih mengekalkan formal asal penjurian berdasarkan pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Kesemua bekas juara yang bertanding bagi GV10 ialah Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI