fbpx

Rujuk, ledakkan Bersama Dengan Rindu Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINGLE baharu Diana, Bersama Dengan Rindu tiba-tiba meledak selepas tular kisah rujuk Diana dan Farid Kamil.

CERITA mengenai pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk selepas sebulan bercerai nampaknya belum lagi reda.

Sejak mengesahkan sudah rujuk pada 31 Ogos lalu, pelbagai video mengenai mereka muncul dalam media sosial yang rata-ratanya tumpang gembira, sekali gus merestui keputusan pasangan tersebut.

Bukan sahaja video gelagat romantis tular dalam media sosial, malah single baharu Diana berjudul Bersama Dengan Rindu turut meledak.

Ramai menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar untuk video-video yang dimuat naik, khususnya dalam TikTok.

Ada juga yang menzahirkan sokongan dan pujian terhadap lagu ciptaan Ezra Kong itu yang dikatakan mudah ‘melekat’ dalam ingatan.

“Sejak kes rujuk, lagu Diana pula yang asyik jadi siulan.

“Kena pula lagu Bersama Dengan Rindu dengan berita gembira, kes rujuk mereka,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI