fbpx

PBT Melaka perlu perbanyakan tandas bertaraf lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (tiga dari kiri) selepas merasmikan World Clean Up Day Peringkat MPHTJ 2023 di Tandas Awam MITC, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini perlu menyediakan sekurang-kurangnya sebuah tandas awam berstatus lima bintang di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Timbalan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkifli Mohd. Zain berkata, antara lokasi pembinaan yang boleh dipertimbangkan adalah di Tanjung Bidara, Zoo Melaka dan sekitar Banda Hilir.

“Saya difahamkan setiap PBT perlu ada sebuah tandas bertaraf lima bintang kerana mereka ada peruntukan untuk membina sebuah tandas bertaraf lima bintang.

“Kawasan tumpuan orang ramai atau pelancong sewajarnya perlu ada tandas itu kerana ini amat penting untuk imej Melaka sebagai sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis World Clean Up Day Peringkat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 2023 di Tandas Awam MITC di sini, hari ini.

Tambah Zulkifli, PBT turut diminta memastikan kebersihan tandas awam sentiasa berada pada tahap yang baik sempena TMM 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI