fbpx

Darvnrajh dibunuh kerana keluarga tegur suspek main mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM rakan Darvnrajh diberkas selepas dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam di Kemuning, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Pembunuhan kejam R. Darvnrajh, 24, yang mayatnya ditemui dengan 18 kesan tikaman di dalam semak di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning dekat sini pada Sabtu lalu berpunca daripada dendam lama suspek ditegur bermain mercun pada Deepavali tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat terhadap enam suspek berusia 18 himgga 26 tahun yang ditahan mengakui telah keluar pada pukul 11.30 malam untuk minum arak di Taman Indah pada 9 September lalu.

Ujarnya, suspek keluar menggunakan kereta jenis Proton Saga milik ayah kepada salah seorang suspek sebelum membeli arak sebanyak 24 tin dan telah minum sehingga mabuk.

“Semasa hendak balik ke rumah, suspek telah terserempak dengan mangsa di Taman Mutiara pada pukul 5.30 pagi dan mengajaknya masuk ke dalam kereta untuk minum arak bersama.

“Semasa berada dalam kereta, suspek bertindak membelasah serta memukul mangsa dengan tangan lalu membawanya ke Kemuning dekat sini dan memaksanya keluar dari kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, salah seorang suspek kemudian telah mengambil parang panjang yang diletakkan di dalam but kereta lalu terus menetak serta menikam mangsa sebelum beredar dan meninggalkan si mati di lokasi.

“Punca kejadian adalah disebabkan salah faham di mana pada tahun lepas semasa Depavaali suspek telah membawa mercun dengan menggunakan motosikal di kawasan taman perumahan berhampiran dengan rumah mangsa.

“Keluarga mangsa telah menegur dan ada membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap. Selepas kejadian suspek mendakwa mangsa berubah menjadi berlagak dan menyebabkan suspek marah,”jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tanda tanya kehilangan seorang pemuda, R. Darvnrajh, yang tidak pulang ke rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan sejak 10 September lalu terungkai dengan penemuan mayat dipercayai mangsa di dalam semak di kawasan di Kemuning.

Hasil laporan bedah siasat mendapati mayat si mati mempunyai kesan tikaman sebanyak dua kali di leher, di dada (6), kaki kanan (4), tangan kiri (2), kaki kiri (3) dan satu di tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI