fbpx

Peneroka Felda Lubuk Merbau resah kayu getah dibeli murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan ladang yang sedang dilakukan di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Beberapa peneroka Felda Lubuk Merbau meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak pengurusan Felda yang membeli kayu pokok getah mereka pada harga lebih murah berban­ding kilang kayu lain.

Selain itu, mereka juga kesal apabila pihak terbabit turut mahu membeli kayu berkenaan dengan menolak hutang lapuk peneroka. Difahamkan kayu pokok getah itu dijual bagi penanaman semula kawasan penerokaan.

Setiausaha Projek Pembangunan Ladang Lestari Peringkat 285 Felda Lubuk Merbau, Mohd. Aman Ghazali berkata, pihak Felda cuma tawarkan untuk membeli kayu-kayu pokok getah yang ditebang pada harga RM4,500 sehektar sedangkan nilai sebenar dianggarkan kira-kira RM11,000 setiap hektar.

“Nilai RM11,000 setiap hektar itu bukan rekaan kerana kami sendiri sudah membawa beberapa pihak lain bagi membuat penilaian.

“Jika kami dapat harga itu, maka anggaran yang boleh diperoleh setiap peneroka adalah le­bih RM30,000 kerana ma­sing-masing memiliki 3.2 hektar tanah,” jelasnya.

Jelasnya, jika bersetuju de­ngan tawaran pihak Felda pula, jumlah wang yang diterima turut akan ditolak dengan hutang lapuk peneroka.

Berikutan perbezaan harga yang terlalu besar itu katanya, lebih 200 peneroka berharap agar mereka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri penebangan serta menjual kayu tersebut kepada mana-mana pihak yang mampu menawarkan harga setimpal.

“Kami tak ada masalah untuk jual kepada Felda tetapi biarlah harganya berpatutan dan sesuai dengan nilai semasa. Lagi pun ketika ini rata-rata peneroka masih memiliki hutang mencecah belasan ribu ringgit dengan Felda,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi projek tersebut, Mohd. Suhaimi Omar pula berkata, kalangan pe­neroka seakan tidak memiliki pilihan untuk menjual kayu pokok yang ditebang kepada pihak lain.

“Mahu tak mahu, dikatakan kami perlu terima juga harga ini. Kalau tak terima susah juga kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI