fbpx

Bangkai paus meletup di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai seekor paus meletup di Lautan Pasifik pada Januari lalu. - Foto Instagram Nature Is Metal.

WASHINGTON – Sejumlah orang yang berada di atas sebuah  bot menyaksikan adegan menyayat hati bangkai seekor paus meletup di tengah laut dengan mengeluarkan darah dan organ dalaman yang busuk, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku di luar pantai negeri  California pada Januari lalu. Peristiwa itu dilihat  oleh sekumpulan pemerhati paus humpback di Lautan Pasifik ketika bot mereka menghampiri  bangkai mamalia tersebut.

Video ngeri itu tular di internet selepas dikongsi oleh akaun Nature Is Metal di laman Instagram. Ia pertama kali disiarkan menggunakan akaun Ozzy Mans Video Licensing.

“Letupan ganas ini unik pada paus kerana sebahagian besar haiwan mereput tidak dapat menyimpan gas yang berada di dalam badan selepas ia mati,” kata keterangan oleh Nature Is Metal.

Apabila haiwan mati, bakteria di dalam bangkai menghasilkan gas metana sebagai sebahagian daripada proses penguraian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI