fbpx

Gerakan minta Rafizi jangan hanya salahkan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong Keong.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia meminta Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk tidak menyalahkan rakyat berhubung kegagalan Kerajaan Perpaduan menangani masalah inflasi yang berlaku di negara ini.

Timbalan Presiden Parti Gerakan, Oh Tong Keong berkata, Rafizi tidak sepatutnya menyalahkan rakyat Malaysia yang menghabiskan pendapatan bulanan mereka untuk makan di luar.

Katanya, sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sepatutnya menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dijual di restoran serta gerai-gerai makanan.

“Rafizi bukan sahaja tidak mengaku kegagalan Kerajaan Perpaduan dalam menangani masalah inflasi dalam negara, malah mendakwa rakyat menghabiskan pendapatan bulanan mereka bagi memenuhi tabiat ketagih untuk makan di luar.

“Adakah Rafizi menyalahkan rakyat yang menyebabkan masalah inflasi berlaku di negara kita, Rafizi perlu sedar dan menerima hakikat serta melihat dengan teliti bahawa kadar inflasi tidak turun sama sekali,” katanya di sini, hari ini.

Tong Keong berkata, Kerajaan Perpaduan perlu mencari penyelesaian untuk menangani masalah inflasi serta menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI