fbpx

Cuepacs mohon tingkatkan gaji penjawat awam sebanyak RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan meningkatkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dan memberikan bonus satu bulan setengah gaji menerusi Bajet 2024.

Presidennya, Adnan Mat berkata, kenaikan tersebut yang boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) diharapkan dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam berikutan peningkatan kos sara hidup semasa sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada tahun 2025.

“Kali terakhir penjawat awam menerima bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada 2012. selepas itu, (penjawat awam) hanya diberikan bantuan khas kewangan.

“Sudah lama penjawat awam menunggu perkataan bonus ini, tetapi ia tidak kunjung tiba walaupun sudah lebih 11 tahun,” katanya.

Tambah Adnan, Cuepacs memahami kekangan kerajaan, namun penjawat awam memerlukan sokongan daripada Putrajaya supaya mereka lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Adnan juga memohon pemberian diskaun bagi pembayaran cukai pendapatan sekurang-kuranya sebanyak 30 peratus dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimakan pecen yang bakal diterima penjawat awam apabila bersara kelak.

“Ketika ini pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan. Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir.

“Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Menurut Adnan, pelaksanaan pengiraan baharu ini mampu meningkatkan kualiti hidup pesara kerajaan yang telah memberi khidmat terbaik mereka sepanjang bertugas dalam perkhidmatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI