fbpx

PTP pacu pembangunan keusahawanan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PTP meneruskan usaha memacu pembangunan ekonomi komuniti untuk golongan kurang bernasib baik. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), ahli Kumpulan MMC, meneruskan usaha memacu pembangunan ekonomi komuniti untuk golongan kurang bernasib baik dan bakal usahawan menerusi kerjasama dengan pertumbuhan bukan kerajaan (NGO) setempat baru-baru ini. 

Pada sambutan hari keluarga syarikat di Padang Utama PTP pada 8 hingga 10 September lalu, PTP bekerjasama dengan Persatuan Usahawan Wanita Bidadari, Johor Empowerment of Intellectual Women Association (JEIWA) dan Nictar, sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpangkalan di Pontian dalam menyediakan platform perniagaan bagi komuniti usahawan tempatan.

Lebih 11,000 hadirin yang mengunjungi acara tersebut tidak sekadar membantu usahawan terlibat menjana pendapatan, malah menyediakan platform kepada perniagaan kecil tempatan mempromosikan produk masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, dengan menghimpunkan sumber dan kepakaran NGO serta PKS terlibat, acara itu mencipta pengalaman yang unik dan berharga kepada kakitangan PTP dan ahli keluarga mereka.

Pada masa sama katanya, usahawan yang mengambil bahagian turut berpeluang untuk mempamerkan dan mempromosikan produk mereka kepada pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa termasuk pelanggan, rakan niaga, agensi kerajaan dan pelbagai syarikat yang menetap di kawasan Zon Bebas PTP.

“Platform perniagaan yang diwujudkan ini menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Hadirin berpeluang meneroka gerai yang berbeza, berinteraksi dengan pemilik perniagaan dan belajar tentang usaha inovatif yang muncul dalam komuniti. 

“Daripada kraf tangan dan makanan artisan hinggalah kepada produk pertanian dan aksesori pakaian, acara itu mempamerkan semangat keusahawanan dan kreativiti perniagaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Neelsen menambah, pihaknya akan terus bekerjasama dengan NGO berkaitan dan PKS tempatan melalui pelbagai platform perniagaan dalam ekosistem PTP. 

“Kami berharap inisiatif ini akan mewujudkan jangkauan rangkaian yang lebih besar kepada peserta dan menyediakan kebolehcapaian serta platform pertumbuhan perniagaan yang mampan kepada bakal usahawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI