fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis bentuk ‘Human Barricade’ sekat kemaraan peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lapisan ‘human barricade’ terdiri daripada anggota polis bagi menghalang kemaraan peserta Himpunan Selamatkan Malaysia, di Jalan Dang Wangi, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lapisan halangan ‘Human Barricade’ terdiri daripada anggota polis dilakukan di Jalan Dang Wangi bagi menyekat kemaraan peserta Himpunan Selamatkan Malaysia ke pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dianggarkan 20 anggota polis ditempatkan di tengah jalan bagi menyekat kemaraan lebih 1,000 peserta selepas mereka berarak dari Majid Jamek, Kampung Baru, di sini, sebentar tadi.

Selain itu, beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan strategik bagi mengawal ketenteraman awam.

Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia sebelum ini tiba di pekarangan kompleks beli-belah Sogo pada pukul 2.10 petang selepas mula berarak pada pukul 1.50 petang.

Dalam pada itu, Aktivis Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz memaklumkan Himpunan Selamatkan Malaysia akan terus menuju IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis susulan dakwaan salah laku pemimpin kerajaan.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, yang dijadual dianjurkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, tetap akan diadakan hari ini.

Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hilman Idham, dipetik mendakwa himpunan itu tetap diadakan untuk tuntutan kepada kerajaan seperti mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dua lagi tuntutan adalah meminta kerajaan membebaskan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dan menuntut undang-undang yang adil untuk semua rakyat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI