fbpx

MFL lancar siri Jelajah Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Stuart Ramalingam (tiga dari kanan) ditemui pada program Jelajah Piala Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. - Foto ihsan MFL

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melancarkan siri Jelajah Piala Malaysia secara rasmi menandakan jelajah trofi berprestij itu ke lima lokasi terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini hingga 3 Disember depan.

Inisiatif ini bukan sahaja menandakan komitmen bersama terhadap semangat kesukanan tetapi juga menetapkan asas untuk final Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ketua Pegawai MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, jelajah ini bukan sahaja mempromosikan kejohanan tetapi juga memberi peluang kepada
peminat untuk melihat piala itu secara lebih dekat.

“Kami menggalakkan peminat bola sepak untuk merebut peluang menyaksikan trofi Piala Malaysia yang disanjungi, yang kaya dengan sejarah.

“Dahulunya dikenali sebagai Piala HMS Malaya, kejohanan itu bermula pada 1921 dan dinamakan semula sebagai Piala Malaysia pada 1967.

“Semasa Jelajah Piala Malaysia, peminat boleh melihat trofi kedua yang digunakan untuk kejohanan itu sejak 1978,” katanya ketika ditemui hari ini.

Siri Jelajah melibatkan lima AEON BiG terpilih bermula di AEON BiG Wangsa Maju (15-17 September) diikuti AEON BiG Falim, Ipoh, (22-24 September), AEON BiG, Kuantan, (20-22 Oktober); AEON BiG Shah Alam atau Klang, (3-5 November); dan AEON BiG Batu Pahat, Johor (1-3 Disember). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI