fbpx

150 OKU sertai perarakan dua kilometer rai Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian OKU yang menyertai perarakan di sekitar Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Status Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan faktor penghalang bagi 150 golongan itu menyertai perarakan khas sejauh dua kilometer sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Perarakan anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kuala Selangor itu bermula dari pekarangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Selangor hingga ke Bandar Baru Malawati dan Stesen Bas Kuala Selangor, di sini.

Penyelia PPDK itu, Mohamed Aqmal Mohamed Yazman berkata, objektif utama pihaknya bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara.

“Sebagai insan biasa, kita bertanggungjawab menyemai kasih sayang melalui pelbagai kaedah yang mudah difahami golongan OKU.

“Biarpun berkerusi roda, mereka tetap gembira dan bersemangat meraikan program sempena bulan Kebangsaan seumpama ini,” katanya ketika ditemui pada program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di sini, hari ini.

Tambah beliau, perarakan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai pihak dan agensi lain termasuk Sekolah Pra Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Kuala Selangor mempunyai lima PPDK termasuk di Tanjong Karang, Ijok, Puncak Alam dan Saujana Utama dengan seramai 200 OKU dan 38 guru,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI