fbpx

PAC panggil Wee Ka Siong berhubung prosiding pengurusan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati bercakap semasa sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk prosiding pengurusan wabak Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu dibuat selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat keperluan untuk mengadakan prosiding keempat.

Katanya, prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dan PAC turut akan memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min.

“PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada Ka Siong memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini dan untuk berlaku adil kepada beliau, PAC mendengar penjelasan beliau.

“Tetapi saya tidak akan mendedahkan atas sebab apa, memandangkan prosiding PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini, dan saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya semasa sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ermieyati berkata, PAC sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding ke atas Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

“Tajuk prosiding akan ditentukan kemudian dan PAC dijangka memulakan prosiding berhubung isu ini pada minggu kedua, mesyuarat ketiga, Parlimen ke-15 2023,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI